Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Pada masa dahulu, hasil utamanya adalah kelapa. Kemunculan nama Taman Nira ini di ambil sempena banyaknya pokok kelapa sebelum dijadikan sebagai tapak perumahan manakala Nira adalah gula yang keluar daripada pokok kelapa. Taman Nira berasal daripada Kampung Low Piak. Pada mulanya, Penduduk Low Piak terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.

Kampung Low Piak berdekatan dengan Kampung Parit Lapis. Kampung Low Piak juga selalu dinaiki air apabila berlaku air pasang besar di daerah Batu Pahat ini. Selain itu, rumah pada ketika itu adalah terdiri daripada rumah-rumah papan dan mempunyai jambatan kayu. Tambahan pula, tanah asal Taman Nira ini adalah kepunyaan orang Cina.

Setelah tanah ini dibeli oleh pemaju perumahan syarikat iaitu Dato’ Syed Kecik, pemaju telah membina rumah murah untuk penduduk Low Piak dengan harga subsidi yang berharga RM 7 000.00 untuk sebuah rumah. Rumah-rumah murah di Taman Nira ini adalah dimiliki daripada kaum Melayu sahaja manakala kaum Cina ditempatkan di Taman Bukit Pasir.

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar(50km ke Utara) dan juga Kluang(52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun.

Pada 9 April 2013, Taman Nira telah dinaik taraf dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa iaitu Ketua Setiausaha Negara sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dalam Majlis Penyerahan Projek Kejiranan Indah(My Beautiful Neighborhood) Taman Nira, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM SUKANEKA SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2022

Kelas ini diadakan bertujuan memberi tunjuk ajar serta pendedahan kepada peserta cara menggunakan Microsoft Paint..........baca selanjutnya

KELAS MICROSOFT PAINT (MEMBINA LAKARAN RUMAH)

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Kelas ini diadakan bertujuan memberi tunjuk ajar serta pendedahan kepada peserta cara menggunakan Microsoft Paint..........baca selanjutnya

KELAS SAINS: TUBUH BADAN HAIWAN

Aktiviti Terkini | 13 November 2022

Kelas sains ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai jenis-jenis haiwan dan tubuh badan haiwan kepada kanak-kanak Tabika Taman Nira.........baca selanjutnya

KELAS MIKROBIT

Aktiviti Terkini | 5 November 2022

Kelas mikrobit ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai dunia digital kepada kanak- kanak penduduk Taman Nira........baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2022

Tujuan utama dalam program ini adalah untuk menerapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai buli siber, akibat oversharing, maklumat palsu, mengetahui tentang sexting dan juga pengantunan seksual..........baca selanjutnya

PROGRAM HARI SUKAN PENDUDUK TAMAN NIRA

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022

Tujuan hari sukan ini diadakan adalah sempena bulan sukan di samping mahu mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk Taman Nira...........baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN KEUSAHAWANAN

Aktiviti Terkini | 14 September 2022

Tujuan utama dalam program ini adalah untuk menerapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai buli siber, akibat oversharing dan cara membuka perniagaan secara online .........baca selanjutnya

PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN

Aktiviti Terkini | 11 September 2022

Tujuan demonstrasi Latihan kebakaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua staff PEDi Kluster Batu Pahat mengenai jenis-jenis alat pemadam api dan cara menggunakannya dengan betul........baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN SEMANGAT KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Tujuan utama dalam program ini adalah untuk menerapkan nilai murni dan semangat kemerdekaan dalam diri kanak-kanak..................baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT SANDWICH ANTARA IBUBAPA DAN KANAK-KANAK TABIKA

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2022

Objektif utama dalam program ini adalah untuk menerapkan nilai murni dalam “Pertandingan Membuat Sandwich” ini. Selain itu, mencetuskan kreativiti Kanak-kanak Tabika Taman Nira dalam membuat sandwich yang paling cantik dan kreatif. ................baca selanjutnya

BERSIARAN LANGSUNG : 3D SLASH SOFTWARE / APPLICATION

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2022

Membolehkan pengguna membina model maya dan menyimpan serta mencetaknya menggunakan Pencetak 3D (3D Printer).................baca selanjutnya

LIVE FB: 25 FORMULA EXCEL YANG SANGAT PENTING

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2022

Berkongsi tentang cara mudah menganalisa data yang banyak................baca selanjutnya

PERTANDINGAN MINDA CERGAS, BADAN SIHAT

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2022

Objektif utama dalam program ini adalah untuk menerapkan nilai murni dalam “Pertandingan Minda Cergas, Badan Sihat” ini. Selain itu, memberikan pendedahan kepada penduduk Taman Nira tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia...............baca selanjutnya

PROGRAM AGROBAZAAR ONLINE

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2022

Berkongsi tentang kegunaan platform Agrobazaar...............baca selanjutnya

LIVE FB: RISIKO & PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN/ DUNIA SIBER

Aktiviti Terkini | 9 Mei 2022

Berkongsi tentang risiko internet terhadap kanak – kanak...............baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENGHIAS KAD HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 28 April 2022

Tujuan utama dalam program ini adalah untuk menerapkan nilai murni dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri. ..............baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI CARA MEMBUAT SLIDE PEMBENTANGAN YANG MENARIK MENGGUNAKAN POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 20 April 2022

Berkongsi tentang elemen-elemen yang terdapat di PowerPoint seperti ubah size dari inci kepada cm..............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PEMBELAJARAN & PERKONGSIAN MENGENAI APLIKASI YOUTUBE

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2022

Memberi pembelajaran cara untuk membuat akaun Youtube dengan hanya menggunakan Gmail akaun sahaja.............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : APLIKASI / SOFTWARE UNTUK MELUKIS (LUKISAN DIGITAL)

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2022

Memberi penerangan mengenai penggunaan aplikasi atau software yang boleh digunakan di dalam telefon pintar ataupun komputer riba untuk melukis............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : TEMPAT MENARIK DI MUAR DAN BATU PAHAT

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2022

Memberi maklumat kepada orang awam tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi atau lawati bersama-sama dengan keluarga atau rakan-rakan............baca selanjutnya

BERSIARAN LANGSUNG : SUSUN ATUR HALAMAN DALAM MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2022

Memudahkan pelajar mengulangkaji dengan lebih efisen............baca selanjutnya

BERSIARAN LANGSUNG : SUSUN ATUR HALAMAN DALAM MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 3 Januari 2022

Memudahkan pelajar mengulangkaji dengan lebih efisen............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti