INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Bandar Batu Pahat mempunyai penduduk lebih daripada 300,000 orang. Terdapat lebih daripada 100,000 isi rumah dengan jumlah penduduk seramai 468,058 orang di daerah ini. Mukim terpadat adalah Simpang Kanan dengan lebih daripada 250,000 orang dan yang paling sedikit adalah Bagan dengan penduduk hanya 4,692 orang. Taburan penduduk di seluruh daerah ini adalah berdasarkan jantina dimana hampir sama dengan jumlah penduduk lelaki 169,087 orang dan penduduk perempuan 166,281 orang.
Bandar Batu Pahat terdiri daripada 37.08% Bumiputera (terutamanya Melayu), 60.29% Cina, 2.54% India dan selebihnya kaum lain. Majoriti penduduk kawasan bandar Batu Pahat terdiri daripada kaum Cina.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong


1. PANTAI MINYAK BEKU


Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda. Ia hanya untuk aktiviti beriadah, memancing dan menghirup udara segar. Ia terletak 8km dari bandar Batu Pahat dan Taman Nira.


2. PERIGI BATU PAHAT


Perigi Batu Pahat ini terletak di tepi Pantai Minyak Beku. Dikatakan nama Batu Pahat telah diambil dari perigi ini yang telah di pahat oleh tentera Siam semasa melarikan diri. Memandangkan batu ini sangat bersejarah juga mempunyai ceritanya tersendiri dan ikonik bagi kawasan setempat, maka daerah ini yang dulunya dikenali sebagai Bandar Penggaram telah diubah nama kepada Batu Pahat.


3. DATARAN PENGGARAM (DATARAN BATU PAHAT)


Dataran penggaram atau juga dikenali dengan Dataran Batu Pahat ini merupakan tempat yang sangat happening terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah juga penduduk batu pahat dianggap sebagai “Uptown” dan disinilah tanda mercu tanda buatan manuisia untuk Bandar batu pahat iaitu arca gergasi tangan yang sedang memahat.


4. TASIK Y TAMAN REKREASI


Tasik buatan dari bekas lombong ini mendapat nama dari bentuk tasik ini yang dikatakan berbentuk Y jika dilihat dari angkasa. Tasik ini juga lengkap dengan prasarana seperti taman permainan kanak-kanak, alat-alat senaman, pndok istirehat, gerai-gerai makanan dan sebagainya. Sesuai untuk lawatan seisi keluarga.

Yang menariknya tasikY ini mempunyai replika gergasi dinasor. Adalah dalam 5 hingga 6 ekor dinasor sebagai daya tarikan para pengunjung.


5. WET WORLD BATU PAHAT

Taman tema yang unik, Wet World Batu Pahat adalah tempat di mana anda boleh menikmati permainan-permainan air yang menarik. Ia adalah satu-satunya taman tema air di Johor. Berkeluasan lebih 44 ekar, ia di bina berhampiran tasik Merdeka. Pastinya tempat yang sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Antara yang menarik adalah ‘The Wave Pool’ dimana ramai orang setia menanti kehadiran ombak buatan manusia ini. Wet World ini di di tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah. Bagi hari biasa, ia di buka dari jam 1 petang hingga 7 petang. Bagi cuti sekolah dan cuti umum, ia di buka seawal 10 pagi hingga 7 petang.


Tempat Makan Yang Menarik


Untuk makan tengah hari pula singgah ke Medan Selera Benteng Sangat terkenal dengan Nasi Beriyani Gam Mat Syah. Ia berada berdekatan dengan tebing sungai Batu Pahat dan bertentangan dengan Hospital Pakar Putra tidak jauh dari Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Nira anggaran 5minit sahaja naik kereta.

Untuk makanan sebelah petang pula jom singgah makan mee racun. Untuk pengetahuan para pembaca mee racun juga dikatakan menu istimewa disini. Nama sahaja racun tetapi boleh dimakan dengan selamat kerana tiada bahan racun atau terlarang yang diletakkan didalam makanan tersebut.

• BP Walk – 1 kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan gerai makan. Menyediakan makanan tempatan dan barat. Dibuka dari jam 6 petang sehingga 1 pagi dan sehingga 3 pagi bagi setiap hari Jumaat dan Sabtu. Antara yang terkenal adalah Sup Power di HSBC Bank, berhadapan dengan Pejabat Pos.

• Asam Pedas – Antara yang terkenal dengan keenakan asam pedasnya ialah Restoran Ali Asam Pedas yang terletak di Jalan Syahbandar dan Tanjung Labuh.

Homestay


Bagi keluarga yang inginkan kelaian boleh la menginap homestay sekitar di Taman Nira Batu pahat antaranya homesatay Martapura dan homestay Haji Rahman bertempat di Parit Lapis Mukim 5. Bilik dan kemudahan asas seperti tv, pendingin hawa, WiFi, tandas di dalam, tilam yang selesa dan parkir kereta yang luas. Di waktu pagi dapat menghirup udara segar kerana homstay tersebut terletak di dalam kawasan kampung. Selain itu terdapat juga beberapa hotel seperti hotel pelican, hotel katerina, hotel 1Malaysia dan banyak lagi.

MartaPura Homestay
(http://martapurahomestay.blogspot.my/p/bilik.html)

Kemudahan Awam

Pengangkutan awam

Batu Pahat dihubungkan melalui pengangkutan awam tempatan dan kedua-duanya antara kawasan sekitarnya dan antara bandar. Ianya adalah:
• Terminal Bas (Perkhidmatan bas ekspres, tempatan dan bas antara bandar. Selain itu, teksi juga boleh didapati di terminal)
• Terminal Feri (Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku, perkhidmatan pelabuhan Indonesia di Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam)

Jalan
Bandar Batu Pahat dihubungkan dengan beberapa batang utama ke pinggir bandar terpencil atau bandar-bandar lain.

• Jalan Kluang (menghubungkan antara Batu Pahat Mall, Sri Gading, Pura Kencana, UTHM, Parit Raja, Ayer Hitam, Kluang)
• Jalan Tanjung Labuh (menghubungkan antara Senggarang, Rengit)
• Jalan Bakau Condong (menghubungkan dari persimpangan-T Jalan Kluang dan merentasi Sungai Batu Pahat melalui Peserai)
• Jalan Bukit Pasir (menghubungkan antara Taman Bukit Pasir, Tongkang Pechah, Yong Peng)
• Jalan Tan Swee Hoe (menghubungkan antara Taman Setia Jaya 2, Taman Flora Utama, Carrefour Batu Pahat, Square One Shopping Mall)
• Jalan Peserai (menghubungkan antara Sungai Batu Pahat melalui Semerah, Muar, Melaka)

Hospital & Klinik Kesihatan Utama

  1. Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)
  2. Putra Specialist Hospital
  3. Pantai Specialist Hospital
  4. Klinik Kesihatan Batu Pahat


Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Parit Lapis
Jalan Low Piak
83000 Batu Pahat
Johor

No. Telefon : 07-4327185
No. Fax : 07-4327185
Email : skpl29@yahoo.com

Pada tahun 1956, dengan belanja RM 3000,00 ( RM400 derma orang ramai dan RM 2600.00 bantuan kerajaan ) dan semangat gotong royong penduduk Kampung Parit Lapis, maka terdirilah sebuah bangunan kayu 120 kaki x 20 kaki berdinding papan, berlantai simen dan beratap rumbia. Bangunan ini diberi nama Sekolah Melayu Parit Lapis.

Pembinaan sekolah ini adalah dari inisiatif Allahyarham Cikgu Ismail b. Sarpan. Pada 16.09.1956, sekolah ini mula dibuka dengan 90 orang murid dan tiga orang guru. Allahyarham Cikgu Omar b. Mahmood sebagi Guru Besar yang pertama. Orang kampong mendirikan lagi sebuah bangunan kayu untuk tiga bilik darjah, sebuah kantin dan sebuah bangunan perpustakaan hasil sumbangan PIBG. Bilangan murid meningkat kepada 249 orang ada tahun 1971.

Bagi menampung pertaqmbahan murid yang kian meningkat, kerajaan telah membina bangunan batu dua tingkat pada tahun 1972. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah, pejabat, stor, bilik air dan tandas. Yang Amat Berhormat Tan Sri Hj. Othman b. Saat (Menteri Besar Johor ketika itu )telah merasmikan bangunan ini pada 20.01.1977. Sekolah ini telah digantikan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Parit Lapis, Batu Pahat.

Sebuah Kantin dan bangunan dua tingkat didirikan pada tahun 1980 untuk menempatkan Pusat Sumber Sekolah dan tiga bilik darjah. Pada Tahun 1989, sebuah bangunan batu tiga tingkat mengandungi satu bilik sembahyang, satu bilik pemulihaqn dan enam bilik darjah didirikan. Dengan itu semua bangunan kayu telah dilupuskan.Sebuah bangunan yang mengandungi sebuah bilik Pendidikan Khas dan Bengkel Kemahiran Hidup telah siap dibina dan digunakan pada tahun 2001.

Kisah Kejayaan

Program Strategi Lautan Biru (Negara National Blue Ocean Strategy) (NBOS) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat melalui kesepakatan antara pelbagai kementerian, jabatan atau agensi yang memfokuskan kepada:

- Hasil yang memberi impak yang tinggi.
- Penggunaan kos yang minimum.
- Pelaksanaan dengan kadar yang segera.

Program Kejiranan Indah atau My Beautiful Neighbourhood yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) antara lain bertujuan untuk mengubah persekitaran kejiranan perumahan awam yang tidak terurus kepada persekitaran yang indah, selamat dan bersih di samping mewujudkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan di kalangan penduduk setempat.

Bagi melaksanakan Program Kejiranan Indah, KPKT telah menggabungkan sumber semua Jabatan di bawahnya yang meliputi program seperti penyelenggaraan bangunan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), pelaksanaan langkah-langkah Program Bandar Selamat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD), pembersihan kawasan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Bagi tahun 2013, sebanyak 21 projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, beberapa siri pelancaran PROGRAM STRATEGI LAUTAN BIRU NEGARA 7 (NBOS): KEJIRANAN INDAH (MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD) yang telah dijalankan dan berikut adalah pelancaran program di Taman Nira Batu Pahat :

Keusahawanan

Warung Zai Nasi Lemak Low Piak yang terletak di Taman Nira . sejak 30 tahun berniaga resipi turun temurun.




Rosnimala bt Tunggak
Perniagaan Roti, Kek dan Biskut Harmoni.
TL PL 9/11, Jalan Sekolah Agama, Parit Lapis MK5 ,(Taman Nira) 83000 Batu Pahat, Johor
Bahulu Gulung Nanas, Bahulu Lapis Nanas & Tat Nanas
Kedai-kedai di sekitar Batu Pahat, orang perseorangan & pusat pengumpulan di Ayer Hitam, Azhar Food dan Parit Lapis