Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pada masa dahulu, hasil utamanya adalah kelapa. Kemunculan nama Taman Nira ini di ambil sempena banyaknya pokok kelapa sebelum dijadikan sebagai tapak perumahan manakala Nira adalah gula yang keluar daripada pokok kelapa. Taman Nira berasal daripada Kampung Low Piak. Pada mulanya, Penduduk Low Piak terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.

Kampung Low Piak berdekatan dengan Kampung Parit Lapis. Kampung Low Piak juga selalu dinaiki air apabila berlaku air pasang besar di daerah Batu Pahat ini. Selain itu, rumah pada ketika itu adalah terdiri daripada rumah-rumah papan dan mempunyai jambatan kayu. Tambahan pula, tanah asal Taman Nira ini adalah kepunyaan orang Cina.

Setelah tanah ini dibeli oleh pemaju perumahan syarikat iaitu Dato’ Syed Kecik, pemaju telah membina rumah murah untuk penduduk Low Piak dengan harga subsidi yang berharga RM 7 000.00 untuk sebuah rumah. Rumah-rumah murah di Taman Nira ini adalah dimiliki daripada kaum Melayu sahaja manakala kaum Cina ditempatkan di Taman Bukit Pasir.

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar(50km ke Utara) dan juga Kluang(52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun.

Pada 9 April 2013, Taman Nira telah dinaik taraf dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa iaitu Ketua Setiausaha Negara sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dalam Majlis Penyerahan Projek Kejiranan Indah(My Beautiful Neighborhood) Taman Nira, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Tayangan Pendidikan

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2017

Program yang dijalankan pada bulan Disember 2017 ini adalah tayangan berbentuk pendidikan iaitu berdasarkan adaptasi novel “Laskar Pelangi” yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Nira. Sinopsis laskar pelangi ini adalah mengisahkan beberapa sekumpulan kanak-kanak yang tinggal di... baca selanjutnya

Perasmian PI1M Taman Ilham

Aktiviti Terkini | 4 November 2017

Bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di PI1M... baca selanjutnya

Kursus Asas ICT(Media Sosial) Dengan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat

Aktiviti Terkini | 24 - 25 Oktober 2017

Kursus Asas ICT (media sosial) ini yang dianjurkan oleh MCMC wilayah selatan dan Pejabat Agama yang diwakili bagi... baca selanjutnya

Kursus Asas ICT(Media Sosial)

Aktiviti Terkini | 22 - 23 Oktober 2017

Kursus ini adalah untuk orang-orang bawah pejabat Agama Batu Pahat dan di aunjurkan oleh MCMC... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pi1m Taman Nira

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2017

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak & Ewaste

Aktiviti Terkini | 20 & 26 September 2017

Program advokasi KDB yang dijalankan disekolah adalah salah satu cara untuk menyampaikan maklumat kepentingan... baca selanjutnya

Aktiviti Tutorial Origami 3D

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2017

Program pada bulan ini melibatkan komuniti jiran wanita seramai 20 orang peserta. Lingkungan umur antara 16-65 tahun. Pengisisan dalam program ini mempelajari... baca selanjutnya

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Anjuran KRT Taman Nira

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2017

Program yang dijalankan pada bulan Julai 2017 ini adalah Program Jamuan Hari Raya Aidifitri anjuran KRT Taman Nira. Jamuan ini sudah menjadi satu tradisi setiap tahun di kawasan sekitar perumahan Taman Nira yang akan... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak @ SMKDO

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2017

Program Advokasi KDB telah berlangsung dengan jayanya di SMK Dato Onn Batu Pahat dengan penyertaan seramai 262 peserta terdiri daripada pelajar dan guru. Selain PI1M Sg Nibong, program ini turut dikelolakan bersama PI1M Taman Nira, Rengit Indah dan Parit Salleh Ros... baca selanjutnya

Pertandingan Online Colouring & Kuiz Ramadhan 2017

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2017

Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim serta dapat meningkatkan tahap kemahiran berfikir... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2017

Bertujuan untuk mendapatkan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan staff PI1M Taman Nira, PI1M Sungai Nibong dan PI1M Salleh Ros, melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan... baca selanjutnya

Program Gotong-Royong Surau Al-Hijrah Taman Nira

Aktiviti Terkini | 23 April 2017

Aktiviti ini dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira dan dapat mengeratkan silaturrahim di antara staf dan penduduk setempat di Taman Nira... baca selanjutnya

Pertandingan Reka Bentuk Bahan Terbuang

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017

Program ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira, dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah... baca selanjutnya

Program Keluarga Bebas Dadah Bersama PI1M Dan KRT Taman Nira

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan unutuk mengeratkan hubungan setempat bersama keluarga dapat memberi pendedahan kesedaran diri kepada golongan muda mengenai keluarga bebas dadah... baca selanjutnya

Aktiviti Jahitan Kraft Menggunakan Kain Felt

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat menambah kemahiran menjahit dalam kalangan pelajar... baca selanjutnya

Majlis Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2017

Bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira serta dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya