PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 18 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
SK Seri Sinaran

Ringkasan Aktiviti :
Program Klik Dengan Bijak ini adalah gabungan antara PEDi Taman Nira dan PEDi Rengit Indah. Taklimat KDB yang disampaikan adalah mengenai Buli Siber, Perkongsian Secara Berlebihan “Oversharing”, maklumat palsu, Sexting dan juga pengantunan seksual dalam talian.

Tujuan :
• Tujuan utama dalam program ini adalah untuk menerapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai buli siber, akibat oversharing, maklumat palsu, mengetahui tentang sexting dan juga pengantunan seksual.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh 110 orang pelajar dari SK Seri Sinaran. • Terdapat lima topik yang disampaikan kepada murid-murid SK Seri Sinaran mengenai Klik Dengan Bijak. • Taklimat ini diberikan kepada murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

Kelebihan Aktiviti :
• Menerapkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai akibat terlebih kongsi di atas talian.
• Menambah ilmu pengetahuan mengenai maklumat-maklumat yang tidak boleh dikongsi di media sosial.
• Pelajar-pelajar dapat mengetahui mengenai buli siber dan contoh-contoh buli siber di atas talian.
• Murid-murid dapat mengetahui tentang maklumat palsu, apa itu sexting dan juga pengantunan seksual dalam talian.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :