Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pada masa dahulu, hasil utamanya adalah kelapa. Kemunculan nama Taman Nira ini di ambil sempena banyaknya pokok kelapa sebelum dijadikan sebagai tapak perumahan manakala Nira adalah gula yang keluar daripada pokok kelapa. Taman Nira berasal daripada Kampung Low Piak. Pada mulanya, Penduduk Low Piak terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.

Kampung Low Piak berdekatan dengan Kampung Parit Lapis. Kampung Low Piak juga selalu dinaiki air apabila berlaku air pasang besar di daerah Batu Pahat ini. Selain itu, rumah pada ketika itu adalah terdiri daripada rumah-rumah papan dan mempunyai jambatan kayu. Tambahan pula, tanah asal Taman Nira ini adalah kepunyaan orang Cina.

Setelah tanah ini dibeli oleh pemaju perumahan syarikat iaitu Dato’ Syed Kecik, pemaju telah membina rumah murah untuk penduduk Low Piak dengan harga subsidi yang berharga RM 7 000.00 untuk sebuah rumah. Rumah-rumah murah di Taman Nira ini adalah dimiliki daripada kaum Melayu sahaja manakala kaum Cina ditempatkan di Taman Bukit Pasir.

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar(50km ke Utara) dan juga Kluang(52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun.

Pada 9 April 2013, Taman Nira telah dinaik taraf dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa iaitu Ketua Setiausaha Negara sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dalam Majlis Penyerahan Projek Kejiranan Indah(My Beautiful Neighborhood) Taman Nira, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


SIARAN LANGSUNG FACEBOOK & INSTAGRAM: KELAS ICT ATAS TALIAN SEPANJANG PKPB

Aktiviti Terkini | 1 - 31 Disember 2020

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu mengurangkan aktiviti secara bersua muka yang blh mengurangkan risiko jangkitan covid-19. ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KIRA & MENANG MELALUI SOSIAL MEDIA

Aktiviti Terkini | 25 - 30 NOVEMBER 2020

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu mengurangkan aktiviti secara bersua muka serta mengurangkan risiko kebarang jangkitan Covid-19. ...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2020

Menyebarkan maklumat yang dapat memberi impak positif dalam kelumpok yang besar pada murid dan guru....baca selanjutnya

PROGRAM MICRO-BIT FUTURE SKILL FOL ALL BAGI SEKOLAH RENDAH

Aktiviti Terkini | 1 - 31 Oktober 2020

Tujuan program ini dilaksanakan adalah memberi kaedah baru dalam proses pembelajaran mengikut penambah baikan dalam arus teknologi masa kini. Subjek ini lebih tertumpu kepada pelajar tahun 5 dan 6....baca selanjutnya

PROGRAM LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Aktiviti Terkini |18 September 2020

Program ini di kendalikan oleh Nb Food specialist center dan tempat kurus di di bilik latihan Pusat Internet Taman Nira selama 3jam.....baca selanjutnya

PROGRAM KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT

Aktiviti Terkini |13 September 2020

Program kali ini adalah “Program Kempen Pembudayaan Norma Baharu Bersama Komuniti Setempat” yang akan diadakan pada 13 september 2020....baca selanjutnya

PROGRAM LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2020

Kursus latihan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas di mana pemilik restoran atau apa jua perkhidmatan dalam penyediaan makanan perlu lah mengambil kursus latihan tersebut. ...baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN : JAWAB & MENANG MERDEKA

Aktiviti Terkini | 23-28 Ogos 2020

Pusat Internet Taman Nira mengadakan program bersama ahli pim dalam menyertai “Jawab Dan Menang Merdeka” soalan-soalan yang berkaitan dengan kemerdekaan ini perlu dijawab dengan memilih berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan. ...baca selanjutnya

TAKLIMAT KEBAKARAN DAN KECEMASAN ONLINE DARI PUSAT PENCEGAHAN KEBARAN MALAYSIA (FPC FIRE PREVENTION CENTRE MALAYSIA)

Aktiviti Terkini |24 Julai 2020

Taklimat ini juga diberikan secara percuma hanya mengambil masa selama tidak kurang dari 2jam secara atas talian (online)....baca selanjutnya

LAWATAN KE BIOSTAR RESOURCE PRODUK BERASASKAN MINYAK KELAPA DARA DAN MADU KELULUT

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2020

Program kali ini adalah merupakan lawatan ke Biostar Resources di Kampong Bintang Batu Pahat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN CIPTA VIDEO PENDEK

Aktiviti Terkini |29 Jun 2020

Memandangkan seluruh negara dilanda wabak covid-19 jadi kehidupan norma bahru dilaksanakan dalam aktiviti harian sebagai langkah pencegahan wabak covid-19 ini. ....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini |12 Februari 2020

Memberi pendedahan penggunaa internet secara positif.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini |12 Februari 2020

Memberi pendedahan penggunaa internet secara positif.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini |2 Februari 2020

Memberi pendedahan penggunaa internet secara positif....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini |22 Januari 2020

Memberi pendedahan penggunaa internet secara positif.....baca selanjutnya

BENGKEL KECANTIKAN & TATARIAS SEBAGAI JANA PENDAPATAN SECARA SAMBILAN SESI 1/2020

Aktiviti Terkini |19 Januari 2020

Memberi peluang kepada peserta yang ingin menjana pendapatan secara sambilan dalam bidang kecantikan....baca selanjutnya

MEETING KLUSTER BATU BAHAT SESI 1/2020

Aktiviti Terkini |4 Januari 2020

Membincangkan program klik dengan bijak dan aktiviti yang berkaitan yang boleh melibatkan sekolah atau badan kerjaan / NGO yang lain.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti