PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENGHIAS KAD HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti terkini |28 April 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Nira.

Ringkasan Aktiviti :
Pertandingan ini merupakan salah satu medium kepada murid-murid untuk memberi kesedaran dan mengembangkan lagi kreativiti dikalangan murid-murid dalam membuat ucapan kad hari raya. Melalui pertandingan ini murid-murid juga berpeluang untuk meghayati kemeriahan suasana hari raya dengan lebih baik lagi.

Tujuan :
• Tujuan utama dalam program ini adalah untuk menerapkan nilai murni dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh 20 orang murid dari Tabika Taman Nira.
• Murid-murid membuat kad hari raya dengan mewarna dan menghiasnya dengan gambar ketupat, bintang, bulan dan sticker-sticker yang menarik.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid dan memberi galakan serta pendedahan kepada murid-murid untuk terlibat dalam pertandingan.
• Memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri dalam menjana idea untuk membuat kad hari raya yang menarik.
• Menerapkan kesedaran murid-murid mengenai amalan dan budaya membuat kad hari raya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :