Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pada masa dahulu, hasil utamanya adalah kelapa. Kemunculan nama Taman Nira ini di ambil sempena banyaknya pokok kelapa sebelum dijadikan sebagai tapak perumahan manakala Nira adalah gula yang keluar daripada pokok kelapa. Taman Nira berasal daripada Kampung Low Piak. Pada mulanya, Penduduk Low Piak terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.

Kampung Low Piak berdekatan dengan Kampung Parit Lapis. Kampung Low Piak juga selalu dinaiki air apabila berlaku air pasang besar di daerah Batu Pahat ini. Selain itu, rumah pada ketika itu adalah terdiri daripada rumah-rumah papan dan mempunyai jambatan kayu. Tambahan pula, tanah asal Taman Nira ini adalah kepunyaan orang Cina.

Setelah tanah ini dibeli oleh pemaju perumahan syarikat iaitu Dato’ Syed Kecik, pemaju telah membina rumah murah untuk penduduk Low Piak dengan harga subsidi yang berharga RM 7 000.00 untuk sebuah rumah. Rumah-rumah murah di Taman Nira ini adalah dimiliki daripada kaum Melayu sahaja manakala kaum Cina ditempatkan di Taman Bukit Pasir.

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar(50km ke Utara) dan juga Kluang(52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun.

Pada 9 April 2013, Taman Nira telah dinaik taraf dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa iaitu Ketua Setiausaha Negara sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dalam Majlis Penyerahan Projek Kejiranan Indah(My Beautiful Neighborhood) Taman Nira, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Kursus Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018

Program pada bulan ini khusus untuk kakitangan Pusat Internet (Digi) sahaja iaitu Kursus taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal penggunaan alat pemadam api yang akan di jalankan di Balai Bomba Rengit. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan... baca selanjutnya

Hari Keusahawanan & Kokurikulum SK Pendas Laut

Aktiviti Terkini | 18 November 2018

Bertujuan untuk meningkatkan kerjasama komuniti setempat, mengeratkan hubungan sesama staf dan meningkatkan kemahiran pemasaran produk... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB), SMK Dato, Onn

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018

Program KDB ini memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan internet bagi pengguna internet bawah umur dan penggunaan internet secara positif dan berguna salah satu langkah bijak dalam dunia cyber ini... baca selanjutnya

Roadshow Pusat Internet Taman Rengit Indah Bersama Pusat Khidmat Dun Bukit Naning & Pusat Internet Taman Nira

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Program Roadshow Pusat Internet Taman Rengit Indah bersama Pejabat Khidmat Dun & Pusat Internet Taman Nira yang diadakan ini adalah sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet Taman Rengit Indah di samping... baca selanjutnya

Beauty Class Mark ft. MUA Wani

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2018

Program ini adalah jemputan dari AVON kepada PI yang mana bertujuan untuk menambah ilmu tentang bisness online dan juga make up asas yang akan di bombing oleh MUA Wani, yang mana ilmu ini boleh di gunakan untuk aktiviti di PI pada masa akan datang... baca selanjutnya

Kem Mahabbah Di SK. (F). Pengeli Timur

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2018

Dapat meningkatkan semangat motivasi dan kerjasama antara mereka dan gaya berfikir akan potensi diri... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB)

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2018

Program KDB ini memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan internet bagi pengguna internet bawah... baca selanjutnya

Rekacipta Kad Raya Paling Kreatif & Cucuk Belon Tanpa Letup

Aktiviti Terkini | 1 Jun 2018

Pada bulan Ramadhan tahun ini, pertandingan yang diadakan di PI Taman Nira lebih kepada pertandingan santai sahaja dengan mengadakan pertandingan mencipta kad raya kreatif... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Taman Nira

Aktiviti Terkini | 1 Mei 2018

Dengan adanya pertandingan indoor, komuniti dapat diberi pendedahan kepada penggunaan ICT secara positif dan beretika begitu juga dengan pertandingan outdoor yang melibatkan pelbagai... baca selanjutnya

Tunas Jiran Menyambung Warisan Bangsa

Aktiviti Terkini | 22 April 2018

Program ini melibatkat seluruh tadika perpadua daerah negeri johor dalam penyampaian cheque. Pengisian dalam program ini adalah bertujuan untuk memupuk dan mengekalkan semangat... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijak di Sekolah-Sekolah

Aktiviti Terkini | 5, 8 & 12 Mac 2018

Program bulan ini PI1M hanya tumpukan pada sekolah sahaja dengan menjalankan Program Advokasi Klik Dengan Bijak yang melibatkan tiga buah sekolah yang berlainan sekitar Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor dan pengisian lebih kepada aktiviti quiz dan soal jawab kepada pelajar dan guru... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya

Majlis Maulidur Rasul 1439H

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2018

Program bulan ini adalah majlis maulidur rasul yang berlangsung di surau Al-Hijrah. Majlis ini dipenuhi dengan aktiviti seperti berzanzi, bacaan Al-Quran, nasyid dan ceramah agama pada sebelah malam... baca selanjutnya