PERTANDINGAN MINDA CERGAS, BADAN SIHAT

Aktiviti terkini |11 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Nira.

Ringkasan Aktiviti :
Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti untuk mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan anak-anak penduduk Taman Nira.

Tujuan :
• Objektif utama dalam program ini adalah untuk menerapkan nilai murni dalam “Pertandingan Minda Cergas, Badan Sihat” ini. Selain itu, memberikan pendedahan kepada penduduk Taman Nira tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia.



Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh 15 orang anak-anak Penduduk Taman Nira.
• Aktiviti yang diadakan antaranya ialah Kuiz Klik Dengan Bijak, Cari Perbezaan Antara Gambar, Meniup Belon Sehingga Pecah, Mengisi Air dalam Botol Menggunakan Span dan Kerusi Muzik.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anak-anak dan memberi galakan serta pendedahan kepada murid-murid untuk terlibat dalam pertandingan.
• Mengisi waktu terluang sempena cuti sekolah ini di samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada semua.
• Menerapkan kesedaran murid-murid mengenai Minda Cergas, Badan Sihat.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :