PROGRAM HARI SUKAN PENDUDUK TAMAN NIRA

Aktiviti terkini | 8 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Kawasan Rukun Tetangga Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Hari Sukan ini dilakukan untuk Penduduk Taman Nira sempena Bulan Sukan. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah pertandingan futsal, pertandingan sepak takraw, pertandingan dart, pertandingan pakaian beragam, pertandingan gubahan Wanita dan sukaneka bowling padang.

Tujuan :
Tujuan hari sukan ini diadakan adalah sempena bulan sukan di samping mahu mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk Taman Nira.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 08:00 pagi :Penduduk berkumpul
• 8:30 pagi :Pertandingan Bermula
• 11.45 pagi :Pertandingan tamat
• 12.00 tengahari :Penyampaian Hadiah

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penduduk Taman Nira.
• Memberi kesedaran kepada penduduk Taman Nira tentang kepentingan bersukan terhadap kesihatan diri.
• Memupuk semangat bekerjasama dan meningkatkan perpaduan dalam kalangan Penduduk Taman Nira.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :