PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN KEUSAHAWANAN

Aktiviti terkini | 14 September 2022

Tempat Aktiviti:
SMK Dato Onn

Ringkasan Aktiviti :
Program Klik Dengan Bijak ini adalah gabungan 4 buah PEDi iaitu PEDi Taman Nira, PEDi Ayer Hitam, PEDi Parit Othman dan PEDi Sungai Nibong. Taklimat KDB yang disampaikan adalah mengenai Buli Siber dan Perkongsian Secara Berlebihan “Oversharing” dan cara membuka perniagaan secara online menggunakan kiah.store.

Tujuan :
• Tujuan utama dalam program ini adalah untuk menerapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai buli siber, akibat oversharing dan cara membuka perniagaan secara online .

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh 45 orang pelajar Pendidikan Khas dari SMK Dato Onn. • Taklimat KDB bagi slot pertama adalah mengenai Akibat Perkongsian Secara Berlebihan di Media Sosial yang telah disampaikan oleh Manager PEDi Taman Nira.
• Taklimat KDB bagi slot kedua pula adalah perkongsian mengenai Buli Siber yang telah disampaikan oleh Manager PEDi Ayer Hitam.
• Setiap slot diakhiri dengan pertanyaan soalan dan penyampaian hadiah kepada pelajar yang Berjaya menjawab soalan dengan betul.
• Pada sesi tengahari menunjukkan cara-cara membuka perniagaan secara online menggunakan kiah.store kepada pelajar Pendidikan Khas.

Kelebihan Aktiviti :
• Menerapkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai akibat terlebih kongsi di atas talian.
• Menambah ilmu pengetahuan mengenai maklumat-maklumat yang tidak boleh dikongsi di media sosial.
• Pelajar-pelajar dapat mengetahui mengenai buli siber dan contoh-contoh buli siber di atas talian.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :