Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pada masa dahulu, hasil utamanya adalah kelapa. Kemunculan nama Taman Nira ini di ambil sempena banyaknya pokok kelapa sebelum dijadikan sebagai tapak perumahan manakala Nira adalah gula yang keluar daripada pokok kelapa. Taman Nira berasal daripada Kampung Low Piak. Pada mulanya, Penduduk Low Piak terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.

Kampung Low Piak berdekatan dengan Kampung Parit Lapis. Kampung Low Piak juga selalu dinaiki air apabila berlaku air pasang besar di daerah Batu Pahat ini. Selain itu, rumah pada ketika itu adalah terdiri daripada rumah-rumah papan dan mempunyai jambatan kayu. Tambahan pula, tanah asal Taman Nira ini adalah kepunyaan orang Cina.

Setelah tanah ini dibeli oleh pemaju perumahan syarikat iaitu Dato’ Syed Kecik, pemaju telah membina rumah murah untuk penduduk Low Piak dengan harga subsidi yang berharga RM 7 000.00 untuk sebuah rumah. Rumah-rumah murah di Taman Nira ini adalah dimiliki daripada kaum Melayu sahaja manakala kaum Cina ditempatkan di Taman Bukit Pasir.

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar(50km ke Utara) dan juga Kluang(52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun.

Pada 9 April 2013, Taman Nira telah dinaik taraf dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa iaitu Ketua Setiausaha Negara sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dalam Majlis Penyerahan Projek Kejiranan Indah(My Beautiful Neighborhood) Taman Nira, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Program Belajar Cara Membuat Origami

Aktiviti Terkini | 31 Disember 2016

menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak dalam mempelajari cara membuat origami yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang unik dan menarik... baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PI1M-PI1M JOHOR DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM, JOHOR

Aktiviti Terkini | 9 November 2016

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja Pusat Internet 1Malaysia dengan para pelajar dan guru-guru. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) & E-Waste

Aktiviti Terkini | 26 oktober 2016

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain... baca selanjutnya

Pertandingan Melukis Poster Bertemakan ’1 Malaysia’

18 September 2016 | Aktiviti Terkini

Dapat menunjukkan bakat dan kreativiti ahli PI1M Taman Nira penduduk setempat, dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira serta dapat mengeratkan silaturrahim dengan penduduk setempat... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira

13 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Mendidik pengunjung tentang pengguna jalur lebar dan ICT, menaik taraf komuniti dengan pengguna jalur lebar serta memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan pengguna jalur lebar dan ICT... baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri (Anjuran Bersam Pusat Rukun Tetangga Taman Nira)

15 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Dapat memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira, dapat mengeratkan silaturrahim dengan penduduk setempat... baca selanjutnya

Pertandingan Kad Raya Gergasi

25 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Dapat menunjukkan bakat dan kreativiti ahli PI1M Taman Nira penduduk setempat, dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira serta dapat mengeratkan silaturrahim dengan penduduk setempat... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2016

16 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Dapat menunjukkan bakat dan kreativiti murid di Tabika Perpaduan Taman Nira, dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira serta bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru pada bulan Mei ini... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti(WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

ORIGAMI CHALLENGE

22 April 2016 | Aktiviti Terkini

Membudayakan anak-anak penduduk setempat dengan aktiviti yang berfaedah, dapat menunjukkan bakat dan kreativiti anak-anak penduduk setempat Taman Nira... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MYKOMUNITIKREATIF

01 April 2016 | Berita Semasa

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (‪#‎MYkif‬) adalah pertandingan yang terbuka kepada orang ramai. Program ini dijalankan dengan tujuan menggalakkan penduduk setempat dalam menghasilkan video yang memberi manfaat kepada masyarakat. Jangka masa (durasi) untuk setiap video tidak lebih daripada 5 minit... baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG

26 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program Gotong-Royong (Tema Hijau & Bunga) Sabtu, 26 Mac 2016 Objektif : Memupuk semangat kebersihan tidak kira sama ada di luar ataupun di dalam... baca selanjutnya

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

07 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak, Dam Ular & Dam Haji) Ahad, 07 Februari 2016 Objektif : Dapat mengetahui cara permainan tradisonal dan dapat membudayakan... baca selanjutnya

MAJLIS MESRA KESELAMATAN KOMUNITI

29 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis Mesra Keselamatan Komuniti (Anjuran Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga Taman Nira) Jumaat, 29 Januari 2016 Objektif : Dapat mengeratkan silaturahim dengan penduduk setempat Taman Nira dan memberi penghargaan kepada ahli Peronda SRS... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti