PROGRAM PERTANDINGAN SEMANGAT KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 20 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Nira.

Ringkasan Aktiviti :
Pertandingan ini merupakan adalah untuk mencetuskan semangat patriotik dalam kalangan penduduk Taman Nira. Selain itu, ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti yang berfaedah untuk mengisi waktu terluang di samping memberikan kesedaran pentingnya Hari Kemerdekaan kepada semua.

Tujuan :
• Tujuan utama dalam program ini adalah untuk menerapkan nilai murni dan semangat kemerdekaan dalam diri kanak-kanak.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah disertai oleh 20 kanak-kanak dari penduduk Taman Nira.
• Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan mewarna, menghias basikal, konvoi kemerdekaan, kuiz kemerdekaan dan juga tayangan video pendek mengenai kemerdekaan dan taklimat Klik Dengan Bijak.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan kanak-kanak dan memberi galakan serta pendedahan kepada kanak-kanak untuk terlibat dalam pertandingan.
• Memupuk semangat kemerdekaan dalam diri kanak-kanak.
• Menerapkan kesedaran kanak-kanak mengenai pentingnya menjaga kesejahteraan rakyat demi kepentingan negara.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :