Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Anjuran KRT Taman Nira

21 Julai 2017 | Jumaat
10.00 pagi – 4.00 petang | Perkarangan aktiviti kawasan rukun Tetangga Taman Nira & Pusat Internet 1Malaysia Taman Nira, Johor

Tujuan:
• Dapat mengeratkan hubungan silatrurrahim sesame komuniti.
• Dapat memperkenalkan pi1m bukan sekadar perkhidmatan internet semata-mata malah boleh digunakan secara positif dalam sebaran maklumat melalui media sosial.

Kelebihan:
• Tidak mengabaikan tanggungjawab dalam komuniti supaya dapat membantu kepada yang memerlukan.
• Meringankan beban keluarga asnaf.

Penglibatan:
Peserta Program

Nama VIP:
1). En. Seth B. Daham (Setiusaha KRT Taman Nira).
2). En. Sahman Pahlan (ketua Kampung Parit Lapis).

Perlaksanaan aktivit:
Program yang dijalankan pada bulan Julai 2017 ini adalah Program Jamuan Hari Raya Aidifitri anjuran KRT Taman Nira. Jamuan ini sudah menjadi satu tradisi setiap tahun di kawasan sekitar perumahan Taman Nira yang akan di adakan bagi meraikan kemeriahan raya bersama-sama keluarga dan juga komuniti setempat. Dengan program ini juga kami mengamalkan konsep gotong-royong (rewang) dalam penyediaan makanan dan memberi sumbangan kepada asnaf iaitu beberapa keluarga yang kurang berkemampuan. Dengan penglibatan PI1M juga diharap dapat meringankan beban keluarga asnaf di sekitar Taman Nira.

Aktiviti berkaitan:
- Kehadiran para tetamu.
- Selawat keatas nabi dan bacaan Al-quran.
- Makan-makan.
- Penyampaian sumbangan kepada keluarga asnaf yang terpilih, pemberian duit raya kepada kanak-kanak.
- Penutup majlis dan bersurai.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama