Tayangan Pendidikan

29 Disember 2017 | Jumaat
3.00 paetang – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Nira, Johor

Tujuan:
• Dapat mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia Taman Nira.
• Dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
• Dapat memberi kesedaran pada anak-anak muda kepentingan pendidikan dalam kehidupan seharian.
• Tidak mensia-siakan masa yang ada dengan perkara-perkara yang negatif.

Kelebihan:
• Dapat mengeratkan silaturrahim di antara penduduk setempat.
• Dapat meningkatkan daya pemikiran berfikir secara positif.
• Dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak muda.

Penglibatan:
- Pengunjung.

Perlaksanaan aktiviti:
Program yang dijalankan pada bulan Disember 2017 ini adalah tayangan berbentuk pendidikan iaitu berdasarkan adaptasi novel “Laskar Pelangi” yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Nira. Sinopsis laskar pelangi ini adalah mengisahkan beberapa sekumpulan kanak-kanak yang tinggal di sebuah pulau. Kehidupan mereka lebih jauh berbeza yang serba kekurangan berbanding kehidupan di bandar. Mereka ini mempunyai cita-cita tersendiri yang memerlukan pendidikan. Walau bagaimana pun pelbagai dugaan dan rintangan yang mereka lalui untuk mendapatkan ilmu dengan kehadiran seorang guru yang sanggup berkorban demi anak-anak yang memerlukan guru sebagai penunjuk arah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :





Kembali ke halaman utama