LAWATAN KE BIOSTAR RESOURCE PRODUK BERASASKAN MINYAK KELAPA DARA DAN MADU KELULUT

Aktiviti terkini | 11 Julai 2020

Tempat Aktiviti:
Biostar Resources. Kampung Bintang Mukim 3 Peserai Batu Pahat Johor

Tujuan :
• Program kali ini adalah merupakan lawatan ke Biostar Resources di Kampong Bintang Batu Pahat.
• Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah kami dijemput oleh pihak Biostar Resources mengenali dan melihat sendiri bagaimana proses madu kelulut dihasilkan sehingga menjadi produk untuk dipasarkan.
• Produk utama Biostar Resources adalah produk berasaskan minyak kelapa dara dan madu kelulut.
• En. Shamsul Bahri B Ahmad dan Fauziah Binti Hassan sepasang suami isteri merupakan pengusaha Biostar Resources hampir 8 tahun dan dibantu oleh anak-anak mereka.
• Pelbagai produk berasaskan minyak kelapa dara dan madu kelulut seperti sabun muka dan badan, minyak angin propolis, pati minyak propolis dan bee bread. Setiap produk yang dihasilkan banyak khasiatnya yang tersendiri.
• Selain daripada produk utama mereka, terdapat juga produk kopi Arabica, koko, dan juga manisan sajian istana iaitu halwa maskat.
• kami berpeluang menyaksikan proses cara memasak halwa maskat yang memakan masa 3jam untuk penyediaan.
• kami juga berpeluang melawat kebun en.shamsul dengan pelbagai tanaman yang boleh membawa hasil kepada produk mereka.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat peluang mengenali dan melihat sendiri bagaimana madu kelulut dihasilkn.
• Dapat bekerjasama dengan pihak Biostar Resource dalm sektor pertanian dalam media digital sebagai bantuan promosi.
• Dapat memperkenalkan pusat internet dalam sektor pertanian.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :