Roadshow Pusat Internet Taman Rengit Indah Bersama Pusat Khidmat Dun Bukit Naning & Pusat Internet Taman Nira

30 September 2018 | Ahad
8.00 pagi - 5.30 petang | Pusat Internet Taman Nira, Johor

Tujuan:
Program Roadshow Digi ini merupakan program inisiatif dari Digi Telecommunication Bhd yang melibatkan 30 Pusat internet (PI) terpilih di seluruh Malaysia. Program ini lebih kepada mempromosikan smartphone berjenama VIVO Y53 dengan harga tawaran hebat yang lebih murah, selain daripada mempromosikan DIGI produk seperti simpack (prepaid/postpaid) dan reload. Untuk menambahkan lagi kemeriahan program ini, dengan kerjasama pihak lain juga turut serta dengan membuka booth/kaunter seperti YaPeim, Pejabat Tenaga Kerja (PTK), AVON Malaysia, Agensi Anti Dadah (AADK), CMCF dan pemeriksaan kesihatan. Selain daripada itu, kami merancang aktiviti-aktiviti pertandingan yang melibatkan komuniti seperti teka suara selebriti, roda impian, timbang bola, dart , dan pertandingan bersama murid dan ibubapa tadika. Tidak ketinggalan juga program yang berlangsung didalam PI dengan mengadakan kursus asas Hidroponik bagi usahawan tempatan.

Kelebihan:
• Mempromosikan jualan telefon pintar Vivo Y53 kepada komuniti setempat.
• Memperkenalkan PI dan merapatkan lagi hubungan antara PI, Pejabat Khidmat Dun, Penghulu Mukim dan penduduk setempat.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Nama VIP:
1. En. Zulkhairi Bin Ahmad Sabran(wakil Adun Bukit Naning).
2. En. Afezan Bin Yahya(Tok Penghulu).
3. En. Samsudin Bin Sujak(Wakil Digi Southern).

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:















Kembali ke halaman utama