Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Aktiviti Terkini | 01 April 2016

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (‪#‎MYkif‬) adalah pertandingan yang terbuka kepada orang ramai. Program ini dijalankan dengan tujuan menggalakkan penduduk setempat dalam menghasilkan video yang memberi manfaat kepada masyarakat. Jangka masa (durasi) untuk setiap video tidak lebih daripada 5 minit.

Tema Pertandingan : Ilmu Dikongsi

Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada semua ahli Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang berdaftar sahaja
2. Terbuka kepada individu atau berkumpulan
3. Peserta yang berumur 18 tahun ke bawah dikehendaki mendapat kebenaran daripada ibubapa atau penjaga
4. Peserta mestilah warganegara Malaysia
5. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://mykif.mcmc.gov.my sebelum tarikh tutup penyertaan. Laman web ini akan dibuka pada 23 Mac 2016

Tarikh tutup penyertaan terdiri terbahagi kepada empat fasa iaitu:
Fasa 1: 31 Mac 2016
Fasa 2: 31 Mei 2016
Fasa 3: 31 September 2016
Fasa 4: 30 November 2016

Penyertaan video adalah tidak terhad dimana setiap individu/kumpulan boleh menghantar penyertaan sebanyak mungkin.



kembali ke halaman utama