PROGRAM MALAYSIAKU MERDEKA
Aktiviti terkini | 14 September 2024Tempat Aktiviti:
NADI Taman Nira
Ringkasan Aktiviti :
• Seramai 100 orang telah hadir dalam program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah pertandingan memasak, pertandingan busana kemerdekaan, pertandingan gubahan, pertandingan dart, pertandingan boling kelapa, pertandingan meniup belon, pertandingan kuiz Klik Dengan Bijak dan lain-lain.
Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan penduduk Taman Nira dengan melakukan aktiviti yang menarik disamping ingin meningkatkan semangat patriotik dalam diri setiap warga Taman Nira.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 8.00 am - Pendaftaran peserta
• 8.15 am - Pertandingan memasak
• 9.00 am - Pertandingan Busana Merdeka
• 9.30 am - Pertandingan Gubahan
• 10.00 am - Pertandingan Dart
• 10.30 am - Pertandingan Bowling Kelapa
• 11.00 am - Pertandingan Tiup Belon
• 11.30 am - Pertandingan Kuiz KDB
• 12.00 pm - Penyampaian Hadiah
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan antara petugas NADI dan penduduk Taman Nira
• Dapat meningkatkan semangat bekerjasama dan semangat patriotik dalam menjalankan program ini.
• Memupuk semangat kemerdekaan dalam diri penduduk Taman Nira.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :