PROGRAM KELAS BELAJAR MEMASAK BERSAMA KEMAS BATU PAHAT DAN PENDUDUK TAMAN NIRA

Aktiviti terkini | 3 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Rukun Tetangga (KRT) Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Seramai 10 orang wanita dari penduduk Taman Nira yang menyertai kelas memasak yang diberikan tunjuk ajar oleh pihak KEMAS Batu Pahat

Tujuan :
• Program ini adalah kerjasama antara PEDi Taman Nira dan KEMAS Batu Pahat bagi mengisi waktu terluang penduduk Taman Nira dengan aktiviti berfaedah seperti kelas memasak.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas memasak kali ini adalah belajar cara membuat apam susu.
• Bahan-bahan masakkan seperti tepung, telur, pewarna, susu pekat dan lain-lain telah disediakan oleh pihak KEMAS Batu Pahat.
• Setiap peserta yang hadir diberikan resepi cara membuat apam susu.
• Peserta hanya diminta membawa bekas untuk mengisi makanan yang telah dipelajari untuk dibawa pulang.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada penduduk Taman Nira tentang cara membuat apam susu.
• Meningkatkan kemahiran penduduk Taman Nira dengan mempelajari pelbagai resepi yang menarik.
• Penduduk Taman Nira boleh mempraktikkan ilmu masakan dan meningkatkan pendapatan mereka dengan cara menjual makanan yang telah dipelajari.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :