PROGRAM KRAFTANGAN SARUNG BOTOL AIR DARI TALI PLASTIK ANJURAN KEMAS BATU PAHAT DAN KERJASAMA PEDI TAMAN NIRA

Aktiviti terkini | 21 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Seramai 10 orang telah hadir dan mengikuti program kraftangan ini dari kalangan Wanita penduduk Taman Nira.

Tujuan :
• Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan memberi pengalaman baru kepada mereka untuk menerokai kraftangan tempatan. Malahan, dapat memupuk semangat cintakan produk kraftangan tempatan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Bahan Dan Peralatan:
- Tali plastic 2 warna
- Gunting
- Tape kertas
- Tali pengukur
- Tali getah paip

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengasah kemahiran dan kreativiti dalam membuat kraftangan.
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara petugas PEDi, Kemas Batu Pahat dan Penduduk Taman Nira.
• Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan focus dalam membuat sesuatu perkara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :