PROGRAM YASSIN DAN TAHLIL PERDANA WANITA KRT TAMAN NIRA

Aktiviti terkini | 17 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Rukun Tetangga (KRT) Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Seramai 50 orang wanita dari penduduk Taman Nira yang menyertai program Yassin dan tahlil perdana ini.

Tujuan :
• Program ini adalah kerjasama antara PEDi Taman Nira dan Wanita KRT Taman Nira. Program ini bertujuan mendoakan kesejahteraan para arwah yang telah pergi. Disamping itu juga bertujuan untuk memohon kepada Allah SWT untuk kesejahteraan, dan keselamatan diri.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Bacaan Al-fatihah untuk para arwah
• Bacaan Yassin & Tahlil beramai-ramai
• Bacaan Doa Selamat
• Berselawat beramai- ramai

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan antara petugas PEDi Taman Nira dan penduduk Taman Nira.
• Membina budaya berdoa kepada Allah swt.
• Memberi kesedaran bertapa perlunya memohon kepada Allah swt.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :