PROGRAM KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti terkini | 1 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Seramai 20 orang telah hadir dan mengikuti taklimat kursus pengendalian makanan

Tujuan :
• Tujuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) mewajibkan setiap Pengendali Makanan untuk mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan ini adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang awam demi memastikan sistem penghasilan dan penjualan makanan di Malaysia adalah terkawal dan teratur bagi mengawal dan mengelakkan berlakunya wabak dan jangkitan bawaan makanan yang boleh merisikokan kesihatan pengguna.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kursus ini hanya 3 Jam yang membentangkan elemen-elemen keselamatan makanan.
• Peserta perlu menjalani ujian pengendalian makanan.
• Diakhir sesi setiap peserta menerima sijil kursus pengendalian makanan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga.
• Pengendali makanan dapat didedahkan dengan pengetahuan tentang 3 prinsip asas kebersihan makanan iaitu kebersihan diri, kebersihan peralatan dan premis.
• Kusus ini membantu pengendali makanan untuk berhati-hati dan elakkan kecuaian yang boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :