PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti terkini | 8 Oktober 2023Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Parit Nawi
Ringkasan Aktiviti :
Memberi taklimat berkenaan advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dengan kerjasama PEDi Ayer Hitam dan seramai 72 orang murid yang terlibat dan bersama 5 orang guru.
Tujuan :
• Memberi penerangan dan pengetahuan mengenai penggunaan internet secara bijak dan akibat sekiranya terlebih kongsi.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memberi maklumat ringkas dan soal jawab/ kuiz berkenaan KDB kepada murid-murid Darjah 1,2,3,4, 5 dan 6.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi maklumat berkenaan tajuk akibat terlebih kongsi dan buli siber.
• Dapat menambah ilmu pengetahuan murid-murid dalam penggunaan internet secara bijak.
• Menjadikan murid-murid lebih berdaya saing dalam menjawab soalan yang diberikan.
• Dapat mengeratkan hubungan di antara murid-murid, guru-guru dengan staf PEDi yang berdekatan iaitu PEDi Ayer Hitam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :