OGRAM KEUSAHAWANAN PEDI X KEMAS
Aktiviti terkini | 7 Mei 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Nira
Ringkasan Aktiviti :
Program keusahawanan ini adalah kerjasama antara PEDi Taman Nira bersama Rakan Digital PEDi Taman Rengit Indah, RD PEDi Kampung Hj Ghaffar dan RD PEDi Sungai Nibong dalam membantu usahawan kecil KEMAS mengembangkan produk mereka melalui e-dagang. Seramai 20 orang peserta yang hadir.
Tujuan :
• Peserta jelas akan peranan PEDi terutama kepada usahawan mikro dan dapat menghebahkan kepada lingkungan usahawan yang lain selepas program ini.
• Mendapatkan sokongan bagi menjalankan Program ‘PEDi X KEMAS: Kelas Shopee & Tiktok Shop’ yang bakal dilaksanakan bagi menggalakkan usahawan mikro menceburi perniagaan di platform e-dagang
• Memperkenalkan usahawan mikro akan fungsi dan manfaat yang boleh didapati daripada perkhidmatan di PEDi.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
8:00 pagi Peserta berkumpul dan pendaftaran
9:00 pagi Perasmian VVIP dan penyampaian sijil
10.00 pagi Kelas Shopee
1.00 tengahari Rehat
2.30 petang Kelas Tiktok Shop
5.00 petang Penyampaian saguhati dan bersurai
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu usahawan mikro mengembangkan pasaran perniagaan dan meningkatkan pendapatan mereka melalui platform e-dagang.
• Peserta dapat mengembangkan perniagaan mereka di platform e-dagang (Shopee dan Tiktok Shop) selepas program ini.
• Peserta berminat untuk mendalami perniagaan secara e-dagang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :