PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti terkini | 7 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
SK Seri Chantek

Ringkasan Aktiviti :
Program Klik Dengan Bijak ini adalah gabungan antara PEDi Taman Nira dan PEDi Ayer Hitam. Seramai 86 orang murid telah menghadiri program ini yang terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Tujuan :
Program Klik dengan Bijak ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid – murid mengenai akibat sekiranya terlebih kongsi dan mengenai ketagihan internet.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 11:00 pagi :Taklimat Ketagihan Internet.
• 11:30 pagi :Soal Jawab mengenai ketagihan internet.
• 11.45 pagi :Taklimat mengenai perkongsian secara berlebihan.
• 12.30 tengahari :Soal Jawab mengenai perkongsian secara berlebihan

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada murid – murid mengenai ketagihan internet dan akibatnya.
• Menambah ilmu pengetahuan murid – murid mengenai maklumat peribadi yang tidak boleh dikongsi di laman rangkaian social.
• Memberi pendedahan kepada murid – murid akibat sekiranya terlebih kongsi maklumat peribadi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :