PROGRAM KELAS BELAJAR MEMASAK BERSAMA KEMAS BATU PAHAT DAN PENDUDUK TAMAN NIRA
Aktiviti terkini | 20 Disember 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Rukun Tetangga Taman Nira
Ringkasan Aktiviti :
Seramai 10 orang wanita dari penduduk Taman Nira yang menyertai kelas memasak yang diberikan tunjuk ajar oleh pihak KEMAS Batu Pahat
Tujuan :
• Program ini adalah kerjasama antara PEDi Taman Nira dan KEMAS Batu Pahat bagi mengisi waktu terluang penduduk Taman Nira dengan aktiviti berfaedah seperti kelas memasak.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas memasak kali ini adalah belajar cara membuat martabak maggi.
• Bahan-bahan masakkan seperti maggi, telur, bawang besar, cili, sosej dan lain-lain telah disediakan oleh pihak KEMAS Batu Pahat.
• Setiap peserta yang hadir diberikan resepi cara membuat martabak maggi.
• Peserta hanya diminta membawa bekas untuk mengisi makanan yang telah dipelajari untuk dibawa pulang.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff PEDi Bersama pihak KEMAS Batu Pahat dan penduduk Taman Nira.
• Membantu penduduk Taman Nira untuk menjana pendapatan dengan belajar menu-menu masakkan dan boleh menjualnya.
• Mengisi waktu terluang penduduk Taman Nira dengan aktiviti berfaedah seperti mempelajari pelbagai resipi masakkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :