VIDEO TUTORIAL : E-PEMBELAJARAN PERCUMA SOLVEMOJI.COM

Aktiviti terkini | 24 September 2021

Tempat Aktiviti:
FB Page Pusat Internet Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Video tutorial yang dikongsikan di Facebook Page Pik Taman Nira ini menerangkan penggunaan website percuma dalam e-pembelajaran iaitu solvemoji.com. Solvemoji.com ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang boleh merangsang minat anak-anak dalam teka teki matematik emoji. Aplikasi ini boleh di dapati di carian google play atau app store untuk dimuat turun ke dalam telefon pintar.


Tujuan :
• Memperkenalkan kaedah e-pembelajarana secara percuma yang boleh digunakan dalam telefon mudah alih.
• Dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran dengan lebih menarik.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aplikasi Solvemoji.com ini pembelajaran sesuai untuk umur antara 5 tahun hinggan 8 tahun.
• Aneka bentuk soalan matematik operasi tambah, tolak, bahagi, dengan menggunakan simbol.
• Simbol emoji sebagai pengganti nombor yang digunakan dalam matematik.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memahirkan lagi penguasaan matematik dalam operasi tambah, tolak, bahagi dan pecahan.
• Menguatkan daya ingatan melalui penggunaan pelbagai jenis simmbol emoji yang digunakan dalam kiraan operasi matematik.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :