PROGRAM MELESTARIKAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT”

Aktiviti terkini | 17 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
FB Page Pusat Internet Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Pertandingan Tunas Wawasan Peringkat Daerah ini di bawah Program Melestarikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang mencorak generasi yang bijak dan berbakat khas untuk murid Tadika Perpaduan. Program pada tahun ini Pusat Internet Komuniti Taman Nira menjadi tempat guru–guru dan juri jemputan mengadili program tersebut sepanjang program itu berlangsung. Program ini dijalankan secara atas talian melalui google meet.


Tujuan :
• Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membentuk kemenjadian murid dan memperkembangkan konsep kendiri salah satunya murid berpotensi untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta responsive dalam sesi pembelajaran.
• Murid menampilkan dan perwatakan yang positif dan berani melibatkan diri dalam pertandingan bercerita .


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 8.00 am : Persediaan oleh staff pik dalam penyediaan komputer dan google meet tersedia.
• 8.30 am : ketibaan guru-guru dan juri jemputan
• 8.45 am : Pertandingan bermula mengikut giliran yang telah di tetapkan.
• 1.00 ~2.00 rehat
• 2.00 pm : Pertandingan disambung semula
• 4.30 pm : Sesi pemarkahan
• 5.00pm : program tamat.


Kelebihan Aktiviti :
• Menghasilkan murid lebih bersedia dengan apa jua cabaran yang diberikan.
• Kerjasama antara ibu anak dan guru amat bergantungan antara satu sama lain dalam usaha membentuk murid yang bertanggungjawab.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :