PROGRAM ONLINK PADU TABIKA PERPADUAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

Aktiviti terkini | 24 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Program Onlink Padu Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Johor ini dibawah Jabatan Perpaduan Negeri Johor yang melibatkan guru tabika perpaduan dalam penyertaan dengan tema “Mencorak Generasi Kreatif Dan Berinovasi”. Pogram ini diadakan 2 tahun sekali. Pada tahun ini Pusat Ekonomi Digital Taman Nira menjadi tempat pilihan mereka sebagai pusat kumpulan untuk perbentangan semasa program itu berlangsung secara atas talian bagi mewakili daerah Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada kumpulan guru daerah Batu Pahat yang mendapat tempat kedua. Juara jatuh kepada Daerah Johor Bahru dan tempat ketiga daerah Kluang.


Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk membentuk generasi guru yang kreatif dan berinovasi yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran .
• Dalam program ini setiap daerah perlu membangunkan satu aplikasi pembelajaran yang boleh diguna pakai oleh pihak guru, murid dan juga ibubapa seperti blog, website, portal e-learning dan sebagai nya.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10:00 pagi :Persediaan staff PEDi memastikan bilik latihan tersedia dengan kemas
• 10:10 pagi :guru-guru bersedia mengambil tempat
• 10.30 pagi~1.00 petang :Progrom bermula secara atas talian.
• Dimulakan dengan perbentangan oleh 6 daerah.
• 1.00~2.00 petang :Rehatv • 2.00~4.30 petang :Sambungan perbentangan oleh 4 dearah lagiv • 4.30 petang :Juri membuat penilaian dan markah
• 4.45 petang :Keputusan pemenang
• 5.00 petang :Program tamat.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menghasilkan guru yang berkualiti dan mampu berdaya saing dalam bidang matematik, sains dan teknologi.
• Dapat menarik minat pelajar dalam sesuatu pembelajaran dengan bahan bantu mengajar yang lebih kreatif dan berinovasi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :