BERSIARAN LANGSUNG : FUNGSI STATISTIK DALAM MICROSOFT EXCEL

Aktiviti terkini | 14 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Nira

Ringkasan Aktiviti :
Pembelajaran atas talian yang telah bersiaran langsung di fbpage PEDi Taman Nira menerangkan tentang fungsi utama statistik yang terdapat dalam Microsoft excel. Contohnya penggunaan fungsi (function), argumen (argument), menghitung jumlah (count) dan lain-lain yang berkaitan. Pembelajaran kali ini sesuai diguna pakai oleh pelajar yang sedang membuat kaji selidik.


Tujuan :
• Tujuan utama pembelajaran atas talian ini adalah memfokuskan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian tinggi atau pelajar tingkatan enam dalam kerja kursus kaji selidik untuk membuat pengiraan statistik dalam kajian.n


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
10:10 pagi Persediaan staff PEDi sebelum bersiaran
10:05 pagi Mula bersiaran
10:05~10:50 Penerangan fumgsi asas statistik
- Menunjuk cara dan contoh
- Pembelajaran secara praktikal
11:00 Pembelajaran tamat


Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat memahami fungsi sebenar penggunaan statistik dalam pengumpulan data.
• Pelajar dapat pendedahan asas dalam pengumpulan data dengan menggunakan Microsoft excel.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :