PROGRAM MARBAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti terkini | 16 Jun 2019

Tempat Aktiviti:
Sekitar Taman Nira & Kampung Lowpiak

Tujuan :
Sempena sambutan bulan syawal ini, program kali ini dengan marhaban sambutan hari raya bersama komuniti sekitar. Sudah menjadi lumrah bagi setengah penduduk kampung atau taman perumahan menggerakkan budaya marhaban ketika Syawal sebagai suatu daripada aktiviti merapatkan lagi hubungan silaturahim. Malah, aktiviti marhaban adalah suatu tradisi umat Islam dalam menyambut perayaan Aidilfitri itu melalui kunjungan secara rombongan dari rumah ke rumah dengan mengiramakan puji-pujian terhadap kebesaran Allah SWT dan baginda Rasulullah SAW. Bagaimanapun, aktiviti marhaban lebih dirasakan di kawasan kampung berbanding taman perumahan kawasan bandar, malah ia selalunya disertai golongan dewasa. Tidak ketinggalan juga pusat internet taman nira turut serta dalam aktiviti marhaban ini dengan kerjasama KRT taman nira.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat hidupkan budaya marbahan dikalangan anak muda.
• Dapat kekalkan tradisi marhaban dikalangan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :