Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Pada masa dahulu, hasil utamanya adalah kelapa. Kemunculan nama Taman Nira ini di ambil sempena banyaknya pokok kelapa sebelum dijadikan sebagai tapak perumahan manakala Nira adalah gula yang keluar daripada pokok kelapa. Taman Nira berasal daripada Kampung Low Piak. Pada mulanya, Penduduk Low Piak terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.

Kampung Low Piak berdekatan dengan Kampung Parit Lapis. Kampung Low Piak juga selalu dinaiki air apabila berlaku air pasang besar di daerah Batu Pahat ini. Selain itu, rumah pada ketika itu adalah terdiri daripada rumah-rumah papan dan mempunyai jambatan kayu. Tambahan pula, tanah asal Taman Nira ini adalah kepunyaan orang Cina.

Setelah tanah ini dibeli oleh pemaju perumahan syarikat iaitu Dato’ Syed Kecik, pemaju telah membina rumah murah untuk penduduk Low Piak dengan harga subsidi yang berharga RM 7 000.00 untuk sebuah rumah. Rumah-rumah murah di Taman Nira ini adalah dimiliki daripada kaum Melayu sahaja manakala kaum Cina ditempatkan di Taman Bukit Pasir.

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar(50km ke Utara) dan juga Kluang(52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun.

Pada 9 April 2013, Taman Nira telah dinaik taraf dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa iaitu Ketua Setiausaha Negara sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dalam Majlis Penyerahan Projek Kejiranan Indah(My Beautiful Neighborhood) Taman Nira, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM MALAYSIAKU MERDEKA

Aktiviti Terkini | 14 September 2024

Tujuan program ini diadakan adalah sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. ...........................baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROSOFT POWER POINT & 3D POP UP – PHOTO EFFECT

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2024

Mempelajari cara membuat gambar menjadi 3D dan menarik...........................baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROSOFT EXCEL (CALCULATION, CHART & SMARART)

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2024

Melibatkan 2 orang yang mengikuti pembelajaran ICT menggunakan Microsoft Excel berumur daripada 12 tahun ke bawah..........................baca selanjutnya

KELAS ICT : MS PAINT (DRAW A BEE)

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2024

Mempelajari cara melukis lebah dan belajar cara menggunakan Microsoft Paint.........................baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT POWERPOINT (KAD RAYA DIGITAL - GIF)

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2024

Mempelajari cara membuat Kad Raya Digital menggunakan Microsoft Power Point.........................baca selanjutnya

KELAS ICT: PENGENALAN ASAS KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 2 April 2024

Mengetahui asas-asas tentang penggunaan komputer dalam ICT........................baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROSOFT POWER POINT

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2024

Mempelajari cara menghias dan membuat slide show yang menarik.......................baca selanjutnya

PROGRAM KRAFTANGAN SARUNG BOTOL AIR DARI TALI PLASTIK ANJURAN KEMAS BATU PAHAT DAN KERJASAMA PEDI TAMAN NIRA

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2024

Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan memberi pengalaman baru kepada mereka untuk menerokai kraftangan tempatan. Malahan, dapat memupuk semangat cintakan produk kraftangan tempatan......................baca selanjutnya

PROGRAM YASSIN DAN TAHLIL PERDANA WANITA KRT TAMAN NIRA

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024

Program ini adalah kerjasama antara PEDi Taman Nira dan Wanita KRT Taman Nira. Program ini bertujuan mendoakan kesejahteraan para arwah yang telah pergi. Disamping itu juga bertujuan untuk memohon kepada Allah SWT untuk kesejahteraan, dan keselamatan diri.......................baca selanjutnya

PROGRAM KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 1 Februari 2024

Tujuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) .......................baca selanjutnya

PROGRAM MESYUARAT AGONG DAN PERLANTIKAN AJK KELAS PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA (PKK) TAMAN NIRA 2024

Aktiviti Terkini | 17 Januari 2024

Program ini adalah bertujuan memilih AJK baru bagi pemilihan Kelas Pendidikan Kesejateraan Keluarga (PKK) Taman Nira bagi tahun 2024....................baca selanjutnya

PROGRAM KELAS BELAJAR MEMASAK BERSAMA KEMAS BATU PAHAT DAN PENDUDUK TAMAN NIRA

Aktiviti Terkini | 3 Januari 2024

Program ini adalah kerjasama antara PEDi Taman Nira dan KEMAS Batu Pahat bagi mengisi waktu terluang penduduk Taman Nira dengan aktiviti berfaedah seperti kelas memasak.....................baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti